CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Friday, May 22, 2009

Sambutan Hari Guru...2009 (1)

RENTETAN SEPANJANG SAMBUTAN INI...PERSEMBAHAN NYANYIAN LAGU GURU MALAYSIA DAN GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

PRA SEKOLAH
SESI PETANG
SEMUA BERKUMPUL DI DATARAN PERHIMPUNAN

Wednesday, May 20, 2009

The real Upin & Ipin??

BETUL KEEE??Kak ong tak leh nak komen...terkejut pon ade.....rupa2nya wujud atau dah ade pengikut setia upin & ipin ni??

Kak Long Guru Malaysia.....

GURU MALAYSIA
Kami guru Malaysia

Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA 2009

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar bakti kucurah
Demimu ibu pertiwi
Sumpah kulafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

Pencipta Lagu : Khairulnizam bin Khalid
Penulis lirik : Ili Nurbahirah binti Baharudin
Gubahan : Mazuki bin Tambi dan Nazri bin Ishak

" KAK LONG BERBANGGA MENJADI SEORANG GURU"

Tuesday, May 19, 2009

tok...tin tin habaq sayang tok....



tok....
semoga tok beransur sembuh dah boleh makan seperti biasa...Kak Long sayangkan tok. tak sanggup rasanya tengok tiub2 yang melingkar2 di tubuh tok.lagi bertambah sebak tatkala tok disuapkan melalui tiub...ah..semoga tok cepat sembuh..

Hari kedua di bumi utara..-Tin tin habaq

Jumaat..15 Mei 2009 -12.00 tenghari

Kak Long, makteh, Nazirah, adik-kami sama2 naik bas ke HBM...kenapa naik bas...??adelah sebab2 yang tak leh nk elak...

sampai2....mami n Mak Wan ade....gambar Mak Wan tak dapt nk upload sebb takde dalam software simpanan Kak Long....

"tok.....'tin tin habaq' datang ni..." takde respon....tok penat mungkin. beginilah keadaan tok bila kami sampai.Hiba rasanya bila tengok keadaan tok.tapi pujuk hati jangan mengalir air mata ni..
Kenapa tin tin habaq??tu lah GELARAN KAK LONG KALAU KAK LONG BALIK BM...!!!!Seronok woo ade gelaran ni..Orang akan ingat...tapi biarlah gelran yang baik2 kan...? tentang gelaran tu nanti Kak Long bagitahu erk....

Antara yang Kak Long perasan datang menjenguk tok antaranya..

Tok Su dan Mak Teh
Tok Teh-kawan baik tok...meraung Tok Teh tengok keadaan tok...suasana hening seketika.
Ayah Long-yang banyak membantu kebajikan keluarga..dan jiran terdekat yang turut ditahan di hospital itu.
yang ini pula suami sepupu-Abang Nuar
Kak Long teman tok sampai waktu melawat yang terakhir habis-kul 7.30 malam.dan Kak akan jenguk tok n mami lagi esok hari k..

1 HARI DI BUMI UTARA...

Kami sampai Stesen Bukit Mertajam pada pukul 9 malam...tunggu Pakteh untuk menjemput kami...

"Pak Teh...kami nak ke hospital terus malam ni, boleh....?" "La.....malam ni dah tak leh masuk...habis waktu melawat...ni...kita pi esok na.." "Adik nk g malam ni...." " Esok la.....kan mak jaga tok...."ujar Pak Teh. "kita gi esok la dik.."pujuk Kak Long.

Sepanjang perjalanan tu, hanya Tuhan je yang tahu...tak sabar untuk menjenguk tok yang terlantar sakit dan lagi satu........
mak Kak Long baru sampai dari Turki untuk menjaga tok sepanjang di hospital....kesian mami....mami Kak Long yang pakai tudung koko tu...
Setibanya umah tok, sepupu (Puteri Nazirah), Mak Teh pon ade...Eh....Megat pon ade.....meriah rasanya dapat berkumpul ramai2 mcm ni dalam perasaan bercampur baur untuk menanti hari esok.....

MEGAT ZAIRULHISHAM DAN PUTERI NAZIRAH...sepupu Kak Long la ni....

KAK LONG BZ...

Rasanya lama sungguh Kak Long tak berblog.....

Khamis...14 Mei-9.30 pagi
Kring...Kring...
"Salam.."

" Kak....tadi makcik baru tepon adik...tok nazak....."

"Hah???? bila??habis tu macamana, nk balik Penang tak??"

" Tu aaar....adik hari Sabtu ni Midterm...akak nk balik bila??"

"akk ingat nak balik esok amik tiket bas kul 8.30 mlm..ermm....adik balik lah lepas midterm..."

"ok..."



Kring...Kring...
" adik...kita balik Penang laaa...adik balik KL hari Jumaat.."

"ok...adik pon rasa mcm tu jugak..takut tak sempat...."

"ok...gi tgk tiket ade ke tak(ketapi) ke BM(Bukit Mertajam)...kita balik petanglaa....Business Class, ngadap perjalanan, double seat, bahagian tengah...."

itulah kami kalau nk book tiket....kalau ade tiket yang selesa kami akan dapatkan jugak untuk perjalanan yang jauh...bukan nak menunjuk....tapi...itulah kami....

.............
"Kak, tiket kul 2.20 petang..."
"k..akk kena bagitahu GPK akk yang akk bercuti 2 hari..."

............
setelah berbincang dengan profesionalnya....akhirnya kami bersepakat untuk pulang ke kampung hari tu jugak untuk menjenguk dan menziarahi nenda tercinta...Tengku Zubaidah Tengku Hamid....
adik terpaksa pulang Jumaat malam dan Kak Long menghabiskan masa untuk menziarahi nenda tersayang.....

Sepanjang perjalanan ke utara Kak Long ade rasa kurang selesa dan tak sedap hati...tapi tepis..!!tepis..!!

Sunday, May 10, 2009

tit...tit...

Rabu...
tit...tit..."tok dah tak larat nk jalan...kena pakai pampers..."

aduuh...takde krdt...

Khamis...
"tok dah tak larat nak jalan..kena pakai pampers..."

SMS dari makcik di kampung....

"dah dua hari makcik hantar sms yang sama...macamana ni, kak ida?"

"baliklah esok ikut kami naik bas...jenguklah....kesian kat tok.."

bukan aku takmoh balik...tapi ade tugas yang belom selesai lagi ni...dilantik jadi hakim untuk Pertandingan Hafazan di Sekolah Agama Darul Ulum....Kak Zihah dah 'dirisik'-balik kg, Ustaz? Kak Long tahu dah jawapannya, teringat lak kat Kak Tikah yang masih belom 'dilamar'..

"Salam kak....boleh tak tolong gantikan tempat saya....nenek saya kat Penang kurang sihat...."
".........Bila?kat mana?confirm heh kat sekolah tu....sebab ko punye pasal..akak tolong laaaa..."
"terima kasih kak..esok kat skul saya bagi surat lantikan hakim tu yeee...."
"ok.."

Syukur..ada pengganti..bukan ape, kalau aku ade kekangan yang tak dapat di elakkan, kena lah bagitahu yang melantik aku..KAK WA....
aku kol Kak Wa untuk tujuan itu....ok beres...Kak Wa kata takpe janji ade pengganti....

lega...pas skul...kami bertiga (Kak Ida-Alor Setar, Kak Zihah-Sg. Petani, aku-Butterworth)cabut ke Stesen Telok Pulai..Kak Tikah yang cun ni yang hantar...Terima Kasih kak....
Sekali aku lupa da nak msg kakak Kak Long yang sorang ni...Sebab kebiasaan petang Jumaat kami akan menyinggah ke pasar malam yang berdekatan ngan sekolah untuk menjenguk2 air2 sejuk ke...murtabak ke...soto ke....yummy....tapi....dek kerana nak bergegas ke Pudu nye pasal...kakak Kak Long lupa nak di'msg' pulak....buruk perangai...

"Kak, saya balik Penang ni...nenek saya sakit..."
"Ko kat ner skang?"
"Dalam komuter"
"okies...kim salam ngan orang Penang ngan Hentian Puduraya..ahaks...take care"
....................


Saturday, May 2, 2009

tiba-tiba sedih....

Kak Long tetiba rasa sedih...tak tahu ape punca...air mata ni bergenang saat menaip entri ni....rindu ngan adik2 kot....lagi2 yang jauh tak ingat nak balik sini tu...huhuhu....baik korang balik sini....kat sini ade mee rebus, kueh toew goreng, mee bandung, ikan bakar, ikan pari bakar, air asam pon ade....murtabak kalau layan lagi best.....eh..ikan bawal sambal pon ade???

Walimah Member2 Kak Long 1

Hi..di sini Kak Long nak aturkan koleksi2 kawan2 Kak Long yang dah melangsungkan perkahwinan atau yang dah jadi ibu atau bapa atau yang sudah bertunang....Antaranya:


MASFIRA (M.A.K & MJ)


MAK LONG a.k.a FATHILAH (M.A.K & MJ)


CIK KINAH (MJ & USIM)


ANGAH (M.A.K)


ZAINAB (M.A.K & MJ& USIM)


AISYAH KECIK(USIM)


YUSMARIAH (USIM)


KAQBI NORA (M.J & USIM)


K.NURUL EZZAH ALIAS (USIM) 18 Julai 2008


LYN YUNOS (M.A.K)-tak ingat tarikhnya


NAD & HALIM (MJ&USIM)- tak ingat tarikhnya


CHE'E AZLIZA & SAMIR (USIM)-tak ingat la tarikh che'e ni...kena selongkar balik koleksi kad jemputan kawan2 nih...


SAMSIAH & SHAMSUL (MJ & USIM)



RAUDHATUL JANNAH & FUZAIMI (M.A.K & MJ)


SALBIAH MAHROJI (M.A.K)

Cikgu Puteri

~~PUTERI NOORIZYANI~~
*sekolah kebangsaan seksyen 7, kota damansara*
13 SEPTEMBER 1984